Porsche Ajar Kawalan Cruise untuk Melalui Selekoh
Porsche nampaknya melangkah ke hadapan dengan teknologi kereta baharu mereka. Awal minggu ini, Porsche menemui cara yang berdaya mahu untuk perkenalkan ratio mampatan yang akan mengakhiri secara efektif had yang ada pada enjin turbocharged. Kini mereka mempunyai sesuatu yang lebih sesuai dengan pemandu – kawalan cruise.
Sistem baru yang diuji oleh Porsche boleh membuat dua perkara berbeza dari kawalan cruise biasa. Pertama, ianya boleh membaca tanda jalan, bermakna ia boleh menyesuaikan had kelajuan baru secara automatik. Ada kereta mempunyai system GPS-linked, seakan sama seperti Porsche, tetapi ciri kedua yang membezakannya.
Ia mampu membuat selekoh menggunakan kawalan cruise. Apabila sampai ke selekoh, kawalan cruise dapat menjangka kelajuan selamat untuk membelok, dan memperlahankan untuk anda. Ia masih memerlukan input dari pemandu pada stereng kerana ia bukanlah kereta autonomous. Tetapi ternyata ianya satu langkah yang baik ke arah pemanduan automatik.
Porsche gelarkan teknologi baru ini sebagai “InnoDrive” dan ia masih ada hadnya. Kuasa yang dijana dari membelok pula boleh diselaraskan kepada apa jua tahap selesa atau tidak selesa mengikut kehendak pemandu selagi ia di bawah 7g. Porsche berkata system ini dapat membantu meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api dan masa perjalanan tetapi lebih kepada satu teknologi yang ada hanya untuk diperkatakan.
No Comment