Pusat Teknikal Bridgestone Asia Pacific Menaiktaraf Bangunan Makmal Baru
Bridgestone Asia Pacific Pte. Ltd. mengumumkan bahawa Bridgestone Asia Pacific Technical Center Co. Ltd. (APTC), anak syarikat milik penuh mengenai perasmian bangunan makmal terbarunya di Wilayah Pathum Thani, Thailand. Melalui kemudahan baru ini, ianya diharap dapat mempelbagaikan fungsiAPTC disamping dapat menambahbaik mutu produk bagi memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan serantau.
APTC telah memulakan operasi pada tahun 2013 di Utara Bangkok. Pusat teknikal serantau ini telah ditubuhkan dengan sasaran untuk mempertingkatkan nilai produk untuk pelanggan di rantau Asia Pacific, dengan menyediakan bantuan teknikal dan juga penyelidikan serta pembangunan di rantau ini, melalui maklumat yang diperolehi dari pasaran tempatan.
Peningkatan kepada reka bentuk tayar dan compound, untuk disesuaikan dengan produk yang telah sedia ada dengan keperluan pelanggan tempatan yang digunapakai atau meningkatkan ciri-ciri keselamatan produk, prestasi dan ketahanan melalui ujian tayar dan bahan. Ini dicapai melalui fungsi APTC iaitu Pengurusan Kualiti, Pembangunan Tayar, Pembangunan Bahan dan Pemerolehan serta Teknologi Pengeluaran.
Bridgestone Group merancang untuk meningkatkan kehadirannya di rantau Asia Pacific melalui peningkatan pembangunan dan penyelidikkan, memperluaskan rangkaian jualannya, dan menambah keupayaan pengeluaran tayar untuk mencapai misinya “Melayani Masyarakat dengan Kualiti Terbaik”
No Comment