Berita Auto

Renault Lancarkan Crossover Kecil Mampu Milik

Renault baru bahaja mendedahkan crossover KWID mereka, direkabentuk untuk pelanggan yang mempunyai bajet yang sangat sedikit. Di India, adalah sasaran Renault untuk memulakan penjualan KWID, harga merangkumi dari US$4700 hingga US$6275.

Renault-Kwid11

Menggunakan platform CMF-A yang dibina bersama dengan Nissan, dan walaupun dimensinya sedikit kecil (3.68m panjang x 1.5m lebar), ianya masih tinggi dibahagian sisi. Dan disitulah datangnya  elemen “crossover’.

Renault-Kwid7

Jarak permukaan jalan dengan body kereta adalah sebanyak 18cm dan badan plastik gelap yang dipasang hampir separuh bahagian kereta untuk menampakkannya faux off-roader.

Renault-Kwid8

Tak boleh nak salahkan Renault kerana berbuat demikian, kerana SUV crossover dan soft-roader adalah rage sekarang ini. Bahagian dalaman juga yang nampak hebat dan berfungsi.

Renault-Kwid3

Bukan sahaja mempunyai gaya moden, ianya juga datang dengan unit media skrin sesentuh bersaiz 7inci dan peralatan cluster digital.

Renault-Kwid5

Spesifikasi rangkaiankuasa mendedahkan sumber harga yang rendah bagi KWID. Ianya tampil dengan enjin petrol 800cc dan manual 5-kelajuan.

Renault-Kwid6

Renault-Kwid4

Ianya adalah sangat jimat untuk bahan api, mempunyai sesaran kecil membuatkan segmen A ini kenderaan yang diguna hanyadi dalam bandar.

Renault-Kwid2

Renault telah merancang untuk membawa KWID ini ke pasaran antarabangsa, jadi kita mungkin akan dapat melihat saingan kuat Myvi akan ditiba di Malaysia.

Renault-Kwid9

Renault-Kwid10

Previous post

Rolls-Royce Drophead Baharu Untuk Hidupkan Semula Nama Dawn

Next post

Kebocoran Imej Paten Menunjukkan Rupa Sebenar SUV Maserati Levante

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *