Scion iA: Kerjasama Antara Toyota Dan Mazda
Kita mungkin tak berapa peduli dengan jenama Scion memandangkan ianya hanya wujud di Amerika Utara, tetapi untuk mereka yang selalu mengikuti perkembangannya yang terkini, anda mungkin dapat melihat sesuatu yang janggal. Scion baru-baru ini telah melancarkan sepasang model iaitu iA dan iM. Model iM adalah versi lebih sporti Corolla hatchback yang tidak boleh didapati disini atau di Amerika Syarikat. Tetapi berilah perhatian sepenuhnya kepada model iA.
Beberapa hari yang lalu, Toyota telah mengumumkan satu usahasama mereka dengan Mazda – segala perincian tidak diketahui umum. Ada yang mengesyaki ianya adalah perkongsian rangkaiankuasa, walaupun Mazda adalah yang terbaik dalam membangunkan dan kejuruteraan sportiness dalam produk mereka, manakala Toyota pula mempunyai kecekapan pengeluaran world-beating dan lebih memahami tentang pengeluaran.
Tetapi hasil yang paling ketara dalam kerjasama mereka ini ialah Scion iA.
Walau apa pun, ia akan jadi menarik untuk melihat bagaimana pasaran untuk sedan kompak ini. Setakat ini, jualan Yaris Sedan (Vios) di Amerika tidak sehebat mana, tetapi Mazda 2 sedan yang dilengkapkan dengan peralatan ini mungkinlah yang sebenarnya. Mengharapkan untuk melihat pemilik Mazda 2 mengambil bumper-bumper dan menggayakannya untuk kereta mereka pada tahun-tahun yang mendatang, kerana ianya pasti kelihatan jauh lebih agresif.
No Comment