Gaya Hidup / Lifestyle

AUDI A6 ULTRA Memulakan Perjalanan Rekod Dunia Guinness

Audi mencuba untuk menempa nama di The Guinness World Records™ dengan percubaan memandu di kebanyakan negara menggunakan hanya satu tangka minyak bermula dari Netherland semalam.  Penggunaan minyak yang ekonomi adalah pertimbangan penting untuk kebanyakan pemandu Audi 67mpg A6 TDI ultra, tetapi untuk acara ini ianya sangat penting kerana untuk mendapat tempat dalam The Guinness World Records™ bergantung padanya.

Oleh kerana menyeberangi selat melalui feri atau keretapi akan membatalkan percubaan untuk mencipta Record Road Trip yang akan bermula di Maastricht di Netherland, dan akan diteruskan melalui Belgium, Luxembourg, Perancis, Switzerland, Lichtenstein, Austria, German dan Itali hingga ke Balkans.

Audi-A6ultra3

Perjalanan telah dirancang dengan teliti untuk mengelakkan kesan yang boleh menjejaskan ekonomi minyak akibat pekan dan bandar yang sesak, laluan motor dan rantau yang berbukit.  Andrew dan Rebecca akan memandu secara berterusan, dan akan menggunakan segala kepakaran yang mereka ada untuk menggunakan sedikit mungkin minyak dan memaksimumkan semua angka batuan per gelen mereka yang penting.

Tiada sebarang ubahsuai

Audi A6 ultra telah dipilih oleh RAC untuk menetapkan rekod pengembaraan kerana kecekapannya cemerlang dalam penggunaan minyak yang ekonomi dan tangka minyak yang besar iaitu 73 liter, tetapi juga kerana ruang luas yang diberikan, keselesaan dan peralatannya.  Ianya menghasilkan emisi CO2 hanya 109g/km.

Audi-A6ultra2

Previous post

MICHELIN Anjur Kempen Keselamatan Jalan Raya ‘Fill Up With Air’ Untuk Semua Peringkat Umur

Next post

Volkswagen Anjurkan Latihan Keselamatan Penumpang Kanak Kanak

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *