BMW dan INTERSCHUTZ 2015
Dari apa yang kami boleh beritau, INTERSCHULTZ adalah seperti pertunjukkan motor tahunan yang khusus memenuhi keperluan servis penyelamatan.
Di Hanover, sebagai peneraju pengeluar kenderaan dan motorsikal premium, BMW akan menunjukkan rangkaian kenderaan untuk fungsi kecemasan yang dibuat khas, keduanya pada dua roda ataupun empat roda, untuk memenuhi permintaan bukan saja untuk fungsinya, prestasi dan keselamatan, tetapi juga ketahanan dan kos yang efektif.
BMW akan mempersembahkan empat kenderaan – termasuk dua motorsikal – kepada profesional seluruh dunia. Visi BMW i3 akan menyambut tayangan perdananya sebagai kenderaan ‘fire service’, pertama kali model BMW dipindahkan ke bidang ini.
Di ruang pameran BMW Group di dewan 25, versi fire service BMW X3 xDrive20d menambah pencerahan keupayaan fungsi pelbagai BMW X siri. Untuk penghantaran kelajuan tinggi, pertama sekali ia akan bertindak pada kebakaran dahulu, BMW R 1200 RT Firexpress, motorsikal kecemasan yang cemerlang. Bersama BMW F 800 GS sebagai motorsikal kecemasan, ianya menunjukkan faedah yang berkaitan dengan pertukaran profesional motorsikal.
No Comment