Enjin Ford 1.0-Liter EcoBoost Menangi Anugerah ‘Oscar’ Enjin Terbaik kali Kelapan dalam Tempoh 4 Tahun
Enjin 3 Silinder Mengungguli Kelasnya dalam Anugerah Enjin Terbaik Antarabangsa
- Enjin 1.0-liter EcoBoost Ford dinamakan sebagai penerima anugerah Enjin Terbaik Antarabangsa 2015 dalam kategori ‘Enjin Terbaik Bawah 1.0-liter’ untuk empat tahun berturut-turut
- Anugerah Enjin Terbaik Antarabangsa kali kelapan dalam tempoh empat tahun untuk enjin 1.0-liter EcoBoost yang sporty dan menjimatkan bahan api – menjadi satu-satunya enjin yang dipilih sebagai pemenang keseluruhan sebanyak tiga kali berturut-turut
- Enjin tercanggih itu merupakan peneraju kelasnya dari segi pemanduan, prestasi, penjimatan, kehalusan buatan dan teknologi. Ford kini meneroka teknologi penyahaktifan silinder yang baru untuk meningkatkan lagi kecekapannya
STutTgart, Jerman, Sebuah enjin kecil yang dekat di hati para pemandu di seluruh dunia kerana kecekapan penggunaan bahan api dan prestasinya yang mengagumkan, telah memenangi anugerah kelapan dalam tempoh empat tahun untuk (2015 International Engine of the Year Awards).
Untuk empat tahun berturut-turut, enjin 1.0-liter EcoBoost Ford dinamakan sebagai “EnjinTerbaik Bawah 1.0-liter”. Ia dipilih sebagai pemenang dalam kelasnya berdasarkan kepada pemanduan, prestasi, penjimatan, kehalusan dan teknologi oleh panel juri yang terdiri daripada 87 wartawan pemotoran dari 35 buah negara. Tahun lalu, enjin 1.0-liter EcoBoost menjadi enjin pertama yang dipilih sebagai Enjin Terbaik Antarabangsa secara keseluruhan sebanyak tiga kali berturut-turut. Pada tahun 2012, ia dipilih sebagai “Enjin Baharu Terbaik”.
Ford kini meneroka pendekatan baharu yang inovatif iaitu penyahaktifan silinder yang membantu memberikan enjin ini lebih peningkatan.
“Enjin 1.0 liter EcoBoost Ford telah mengubah landskap enjin petrol bersaz kecil. Kami bangga kerana ia kekal terbaik dalam kelasnya, biarpun jumlah pesaingnya semakin bertambah,” kata Naib Presiden Pembangunan Produk Ford of Europe, Joe Bakaj. “Semangat berinovasi telah membantu kami menghasilkan enjin ini dengan baik. Kami juga terus membangunkan enjin-enjin baharu.”
Ford kini bekerjasama dengan rakan-rakan kejuruterannya di Schaeffler Group untuk menguji dua roda tenaga jisim baharu yang membolehkan silinder dinyahaktifkan pada julat beban dan pecutan enjin yang lebih luas. Inovasi itu mampu membantu meminimumkan bunyi bising dan kekasaran (NVH). Ujian di atas jalan menggunakan sebuah prototaip di Pusat Penyelidikan dan Inovasi Eropah di Aachen, Jerman menunjukkan peningkatan penjimatan bahan api sehingga 6 peratus.
“Biarpun untuk enjin yang dikecilkan secara agresif seperti 1.0-liter EcoBoost, peningkatan penjimatan bahan api kenderaan yang signifikan mampu diperoleh dengan mengeksploitasi teknologi penyahaktifan silinder,” kata Pengurus Rangkaian Kuasa Lanjutan Ford of Europe, Carsten Weber. “Keutamaan paling tinggi dalam pembangunan enjin pembakaran dalaman untuk aplikasi automototif adalah penjimatan bahan api secara berterusan.”
Enjin 1.0 liter EcoBoost dihasilkan di Cologne, Jerman; Craiova, Romania dan Chongqing, China. Ia kini boleh didapati di 72 buah negara di seluruh dunia. Sejak diperkenalkan, enjin tersebut turut dianugerahkan International Paul Pietsch Award 2013 untuk inovasi teknologikal di Jerman; Anugerah Royal Academy of Engineering Colin Campbell Mitchell; Trofi Dewar daripada kelab kereta Diraja di Great Britain dan Anugerah Kecemerlangan daripada majalah Popular Mechanics di Amerika Syarikat. Ford merupakan pengeluar kenderaan pertama yang memenangi trofi 10 Enjin terbaik Ward untuk enjin tiga silinder.
Di peringkat global, rangkaian enjin EcoBoost yang berkuasa tetapi menjimatkan itu terdiri daripada enjin empat silinder 1.5 liter, 1.6 liter, 2.0 liter dan 2.3 liter. Sementara enjin 2.7 liter dan 3.5 liter V6 pula dibangunkan untuk supercar Ford GT serba baharu yang bakal menyaksikan Ford kembali bersaing dalam perlumbaan Le Mans pada tahun 2016.
Di Malaysia, enjin EcoBoost boleh didapat pada beberapa model. Ini termasuklah Fiesta dengan enjin 1.0-liter EcoBoost, Fiesta ST dan Kuga yang dilengkapi enjin 1.6 liter EcoBoost. Manakala model Focus ST, Mondeo dan S-Max pula menggunakan enjin 2.0 liter EcoBoost.
“Enjin 1.0 liter EcoBoost Ford kekal menjadi antara bukti terbaik pengecilan sesaran enjin,” kata Pengerusi Bersama Anugerah Enjin Terbaik Antarabangsa kali ke-17 yang juga editor majalah Engine Technology International, Dean Slavnich. “Enjin tiga silinder yang mengagumkan ini membuktikan enjin pembakaran dalaman masih boleh dimajukan.”
No Comment