Generasi Kelima Minyak Pelincir Caltex® Havoline® Tiba
Chevron Malaysia Limited mengumumkan pelancaran minyak pelincir ekonomi generasi kelima yang terkini – Havoline® ProDS™ FullySynthetic ECO 5 SAE 5W-30. Di formulasikan dengan teknologi geseran yang diperbaharui untuk mengurangkan geseran yang hilang dalam alat enjin, ia menepati standard ILSAC GF-5 terkini untuk memberikan prestasi minyak yang terbukti ekonomi. Havoline® ProDS™ Fully Synthetic ECO 5 SAE 5W-30 menawarkan penunggang motorsikal kecekapan minyak yang lebih baik, mengurangkan penggunaan karbon pada kenderaan dengan pengunaan minyak yang rendah dan lebih sesuai untuk pemanduan di bandar. Produk terbaru ini datang dengan pek 4 liter dan boleh didapati di stesyen minyak Caltex yang terpilih, Bengkel kereta dan kedai alat ganti Havoline®
Sambutan Warisan 111 Tahun dengan Wajah Baharu.
Bersempena dengan sambutan 111 tahun, Caltex® Havoline® telah membuat penjenamaan semula rangkaian sintetik sepenuhnya kepada Havoline® ProDS™ Fully Synthetic dan telah memperbaharui keseluruhannya bagi menyesuaikan dengan minyak enjin kereta penumpang, minyak motorsikal dan produk lain seperti coolants, transmisi otomatik dan minyak brek dengan wajah baharu, untuk menunjukkan kepercayaan syarikat dalam warisan pengeluaran minyak dan gas dalam cara yang moden dan dinamik. Jenama Havoline®menjanjikan ‘perlindungan adalah yang penting’ diterap pada ikon label terbesar mereka dan rangkaian sinteteil sepenuhnya ini melangkaui tahap profesional perlindungan yang jenama ini tawarkan melalui Deposit Shield Technology® mereka.
Tawaran Perlindungan Terunggul
Sejajar dengan pengenalan baru dan wajah baharu ini, Chevron Malaysia Limited menganjurkan promosi pek bundle istimewa untuk penunggang motorsikal menikmati perlindungan terunggul untuk kenderaan mereka. Setiap pembelian minyak enjin pek 4 liter Havoline® ProDS™ Fully Synthetic ECO 5 SAE 5W-30 or Havoline® ProDS™ Fully Synthetic LE SAE 5W-40 akan mendapat sebotol Techron® Concentrate Plus 355ml. Pek bundle ini boleh didapati pada harga RM242.00 setiap satu di stesyen servis Caltex® yang terpilih, bengkel Havoline® dan kedai bekalan oto dari 15 Jun 2015 hingga 15 Julai 2015 sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut tentang Caltex dan produknya, lawati www.caltex.com/my.
No Comment