Berita Auto

Honda Malaysia Keluarkan Kenyataan Berjaga-jaga Ke Atas 46,710 Buah Kenderaanya

Honda Malaysia semalam telah mengumumkan kenyataan berjaga-jaga kepada 46,710 unit kenderaan Honda. Ini melibatkan 26,186 unit kenderaan termasuk City (model tahun 2008-2009), Civic (model tahun 2007-2009), CR-V (model tahun 2007-2008) dan Jazz (model tahun 2007 & 2009). Semua model ini terjejas disebabkan oleh pengepam beg udara bagi penumpang hadapan. (Semua model-model jualan yang terkini adalah tidak terjejas)

honda-accord

Terdapat juga 20,524 unit Accord (model tahun 2003–2007) yang mana terjejas oleh pengepam beg udara hadapan pemandu. Makluman ini adalah untuk menggantikan pengepam beg udara baru bagi pemandu dan penumpang bagi semua model yang terjejas. Honda Malaysia mengambil langkah proaktif ini untuk memastikan keselamatan pelanggan dan amat berdukacita dengan kesulitan yang menyebabkan kepada semua pelanggan.

Honda Malaysia akan memaklumkan kepada semua pelanggan yang terjejas menerusi surat pemberitahuan termasuk butiran terkini produk. Pelanggan yang menerima surat dinasihatkan supaya menghantar kenderaan mereka ke wakil penjual Honda yang terdekat untuk pemeriksaan.

Honda-jazz1

Penggantian akan dilakukan sebaik sahaja alat berkenaan diterima dan kos penggantian dan buruh akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia. Pemilik kenderaan juga boleh menyemak status produk kenderaan mereka dengan menghubungi Talian Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau mengunjungi pengedar Honda yang sah atau boleh melayari www.honda.com.my.

 

Model Model Tahun
City 2008 – 2009
Civic 2007 – 2009
CR-V 2007 – 2008
Jazz 2007 & 2009
Kemas kini lanjutan  1: Model yang terjejas dengan pengepam beg udara

bagi penumpang hadapan

   
Model Model Tahun
Accord 2003 – 2007
Kemas kini lanjutan  2: Model yang terjejas dengan pengepam beg udara

bagi pemandu

 

Honda-City-2008

Previous post

Volkswagen Perkenalkan Enjin 3-Silinder 1.0 TSI untuk Rangkaian Golf Mereka.

Next post

BMW dan INTERSCHUTZ 2015

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *