Gaya Hidup / Lifestyle

Jualan Ford Malaysia Bagi Bulan Mei Meningkat

Hari ini Ford mengumumkan prestasi jualan di Malaysia bagi bulan Mei, dengan jualan runcit meningkat sebanyak 71 peratus dari bulan lalu iaitu kepada 639 unit, apabila penjualan terjejas berikutan dengan implementasi cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada bulan April.  Penjualan bagi bulan Mei dipacukan oleh peningkatan pengeluaran kenderaan seperti Ranger, EcoSport, Focus dan Fiesta dari bulan ke bulan.  Jualan tahunn Ford setakat ini meningkat sebanyak 8 peratus kepada 5,623 unit.

Model Ranger yang serba boleh terus menjadi model paling laris Ford di Malaysia pada bulan Mei, dengan jualan naik kepada 95 peratus dari bulan lalu, iaitu hanya 413 unit.  Sepanjang bulan Mei, jualan Ranger naik 40 peratus berbanding tahun lepas iaitu sebanyak 4,128 unit.

Menawarkan pakej keselamatan yang tiada tandingannya di Malaysia, Ranger kini dilengkapi sepenuhnya dengan ciri-ciri keselamatan tambahan yang aktif dan pasif, termasuk Elektronic Stability Control (ESC) dari Ford pada semua varian dan pemasangan ISOFIX pada kerusi kanak kanak dalam varian Wildtrak, XLT dan XL Double Cab.

Ford-Photo-1-Ranger

Previous post

BMW Sahkan Model 7-Series Serba Baharu

Next post

Penggantian GT86 Untuk Menggunakan Casis MX-5?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *