Kawasaki Versys 650 untuk Kembara
Kawasaki telah mendedahkan versi terbaru Versys 650 yang menampilkan beberapa pembaharuan untuk 2015. Sepertimana Versys 1000 baharu, model 650 dua headlight dan fairing baharu untuk menaik taraf pelindungan angin dan aerodinamik. Lampu belakang LED stail Z1000SX dipasang pada belakang motor. Enjin 649cc parallel-twin telah ditala semula untuk meningkatkan prestasi dalam rangkaian rev sementara dalam masa yang sama membaiki kecekapan penggunaan bahan api.
Suspensinya yang berukuran 41mm kini mempunyai fungsi berbeza untuk setiap tiub, membolehkan semua pelarasan dipasang pada setiap fork untuk kemudahan pelarasan. Kuasa berhenti juga telah dinaik taraf, dengan kaliper baharu, setting silinder utama yang diperbaharui, pad brek baharu, dan disk belakang yang lebih besar iaitu 250mm. Keupayaan perjalanan model 650 ini telah diperbaharui dengan cara meningkatkan muatan, iaitu tangka minyak 21 L baharu (dahulunya 19L), windscreen yang boleh dilaraskan dengan tangan, dan subframe yang lebih kukuh yang membolehkan penggunaan panniers clean-mount dan top case dalam masa yang sama.
Namun begitu, model Versys 650 ini bukan saja untuk kegunaan harian dan pemotoran solo. Motor ini boleh mengharungi perjalanan jauh, sendiri atau dengan pembonceng. Keupayaan Versys 650 dalam penjelajahan ini telah diperbaharui dengan meningkatkan muatan, membolehkan penunggang membawa lebih banyak muatan dan termasuk aksesori yang berguna dalam inventori Kawasaki. Frame belakang yang lebih kukuh membolehkan aksesori seperti clean-mount pannier dan top case digunakan dalam masa yang sama. Windscreen serba baharu yang lebih besar menawarkan keselesaan dan perlindungan kepada penunggang menggunakan hand-adjust knurled wheels yang mudah.
Spesifikasi
Tayar depan: 120/70ZR17
Tayar belakang: 160/60ZR17
Kuasa maksimum: 51 kW (69ps) / 8,500rpm
Tork maksimum: 47.2ftlb
Ketinggian kerusi: 840mm
Kerb mass: 214kg/216kg (ABS)
No Comment