Kebocoran Gambar Land Cruiser dan LX 570 Berwajah Baru
Lagi kebocoran gambar Toyota minggu ini bukan sahaja kita dapat melihat gambaran kecil Toyota Land Cruiser berwajah baru, tetapi juga Lexus LX 570 yang akan datang yang juga berwajah baru. Kedua-duanya sudah tentu berkait rapat dengan Lexus menjadi versi Land Cruiser yang mewah.
Gambar Toyota yang keluar di klip Youtube Arabic, dan video tersebut sedikit berbintik-bintik. Ia menunjukkan wajah yang sangat lasak dengan jalur krom yang terdapat dari grille yang memisahkan lampu projector berkembar dari rlampu LED siang hari. Ianya agak petak untuk Land Cruiser, dan tidak pernah kita jangka terutamanya sejak sedan mempunyai wajah lebih sporti yang penuh dengan lengkungan.
Dalam erti kata lain, Lexus adalah hampir tepat dengan apa yang anda harapkan. Malah, Lexus kelihatan sedikit wild dengan trademark grille nya. Hampir tidak ada apa-apa logam berwarna di bahagian hadapan. Lampu berbentuk boomerang dan DRLs juga ditunjukkan, tetapi ianya mengambil sedikit masa untuk digunakan di sini manakala pada NX200t, ianya kelihatan begitu kukuh.
Kedua-dua kereta akan mempunyai enjin sesaran berkuasa besar yang menjana setinggi 300s dan brek kecemasan autonomi sebagai yang standard. Sistem ini memfungsikan brek untuk mengelakkan daripada melanggar ke tempat pejalan kaki. Lagi informasi mengenai 2 adik beradik besar ni pada bulan Ogos, apabila kenyataan rasmi dibuat.
No Comment