Land Rover Pertunjukkan Discovery Sport di Malaysia
Land Rover mempamerkan model Discovery Sport di Sepang off road track minggu lepas kepada sekumpulan wartawan pemotoran.
Discovery Sport adalah kenderaan serba baharu dari Britain, dan dijangka akan menggantikan Freelander yang akan dihentikan pengeluarannya di masa depan.
Land Rover merancang untuk membawa nama ‘Discovery’ di kedudukan yang sama seperti nama ‘Range Rover’, mencipta jenama-sub dalam rangkaian produk syarikat yang dapat membezakan setiap fungsi kenderaan yang dimahukan.
Sepertimana Freelander 2, Discovery Sport akan menggunakan enjin 2 liter petrol dan 2.2 liter diesel, keduanya turbocharged dan berasaskan unit Ford.
Jaguar Land Rover sibuk mereka enjin ‘Ingenium’ sendiri, yang akan digunakan dalam SUV kompak baharu kelak.
Sementara Range Rover mewakili syarikat dalam pasaran kenderaan mewah, Discovery kini termasuk dalam aplikasi berasaskan keluarga dan hiburan.
Tidak seperti full -sized Discovery yang menggunakan kaedah body-on-frame, kenderaan ini dibina mengikut pembinaan unibody yang berkongsi dengan Range Rover Evoque.
Ruang but luas dengan tempat duduk belakang boleh dilipat turun. Kenderaan ini boleh memuatkan 7 orang menjadikannya sebuah kenderaan yang sesuai untuk keluarga.
Discovery Sport baharu ini akan dijual di Malaysia pada Ogos, tetapi Jaguar Land Rover Malaysia belum lagi mengeluarkan harga resmi kenderaan tersebut.
No Comment