Gaya Hidup / Lifestyle

MICHELIN Anjur Kempen Keselamatan Jalan Raya ‘Fill Up With Air’ Untuk Semua Peringkat Umur

Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab semua, tidak kira tua ataupun muda. Prinsip ini ditanamkan di kalangan kira-kira 32 pelajar Tadika Sri Cemerlang Jaya yang diajar peraturan asas menyeberang jalan semasa program latihan kesedaran keselamatan jalan raya di kempen Fill Up With Air (FUWA) yang dianjurkan oleh Michelin Malaysia di pusat membeli-belah One Utama baru-baru ini.

Kempen kesedaran FUWA yang keenam ini adalah usaha sama pertama antara MICHELIN dan rangkaian peruncitan globalnya, TYREPLUS. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan menyemaikan budaya menjaga keselamatan jalan raya di kalangan kanak-kanak serta menarik penglibatan orang dewasa menerusi minat anak-anak mereka untuk belajar dan berkongsi pengetahuan.

Mempelajari dan menghargai pentingnya tabiat menjaga keselamatan jalan raya sejak kecil adalah penting untuk memastikan mereka selamat di jalan raya dan untuk memupuk kemahiran dan kesedaran lalu lintas yang sewajarnya.

Oleh kerana kemalangan jalan raya boleh disebabkan oleh sikap kita mengabaikan aspek asas seperti penyenggaraan tayar, kanak-kanak boleh memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan kesedaran dan mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa berwaspada menjaga keselamatan jalan raya, memandu dengan cermat dan menyenggarakan kenderaan dengan baik,kata Beltran Yturriaga, Pengarah Urusan Michelin Malaysia.

Children greeting the Michelin Man @ FUWA

Pelajar Tadika Sri Cemerlang Jaya menonton video MICHELIN Total Performance, yang memperlihatkan ciri keselamatan tayar MICHELIN di antara ciri-ciri yang lain sebelum aktiviti dimulakan. Mereka kemudian dibawa ke stesen aktiviti pertama di mana kakitangan MICHELIN menerangkan tentang pentingnya memakai tali pinggang keselamatan dan cara penggunaannya yang betul.

Satu program latihan yang praktikal dan menyeronokkan dengan menggunakan simulasi persekitaran jalan raya juga telah dirangka untuk membaiki kemahiran menyeberang jalan seperti berhenti sebelum tiba ke susur jalan, menoleh ke kiri dan kanan untuk melihat lalu lintas, mendengar dan melintas laluan pejalan kaki di kalangan sesama pelajar tadika.

Di akhir sesi, mereka menerima hadiah beg sekolah dan pelekat MICHELIN Man sebagai ganjaran untuk kejayaan mereka menyempurnakan aktiviti.

Kami benar-benar menghargai inisiatif keselamatan jalan raya oleh Michelin Malaysia kerana ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari dan mempraktikkan penjagaan keselamatan jalan raya di luar kawasan sekolah. Kami percaya latihan amali ini akan menambah kefahaman mereka tentang keselamatan dan menanamkan rasa tanggungjawab dalam diri kanak-kanak, yang pada suatu hari nanti akan menjadi pemandu yang berhemah di jalan raya,kata Lee Sai Weng, Pengerusi Tadika Sri Cemerlang Jaya.

From left-Tadika Seri Cemerlang Jaya's Principal Goh Irene & Chairman Lee Sai Weng receiving a token of appreciation from Michelin Retail&Trade Marketing Manager, Blanche Chan

Seperti pelajar tadika yang lain, Tan Shin Ying, 6 tahun dan adik perempuannya, Tan Shin Yu, 3 tahun, amat teruja dan tidak sabar untuk menunjukkan apa yang mereka pelajari dari aktiviti keselamatan jalan raya bersama dengan kakitangan Michelin dan ibu bapa mereka.

Kami semua teruja dan kanak-kanak seronok menyertai aktiviti dan menerima beg sekolah serta pelekat di akhir sesi. Saya belum mengajar anak-anak saya tentang peraturan keselamatan jalan raya dan aktiviti seperti ini membantu mereka memahami dan mengamalkan tabiat menjaga keselamatan di jalan raya,kata Kaness Chong, 36 tahun, ibu kepada dua pelajar perempuan adik-beradik yang menyertai program FUWA.

Peserta yang menyempurnakan borang kajiselidik berkaitan TYREPLUS menerima pelekat kereta yang menawarkan pengisian nitrogen percuma di semua cawangan TYREPLUS di seluruh negara.

Pemeriksaan tekanan tayar dan pengisian secara profesional juga ditawarkan secara percuma semasa program itu untuk menekankan pentingnya tekanan angin tayar yang betul bagi meningkatkan keselamatan, memanjangkan jangka hayat tayar sambil melindungi alam sekitar di kalangan pemilik kereta.

Kakitangan MICHELIN benar-benar membantu. Mereka menerangkan kepada saya tentang keadaan tayar kereta saya dan memberikan nasihat tentang keselamatan dan penjagaan tayar,kata Lee Sing Yuan, 43 tahun, dari Bandar Sri Damansara.

Children learning the 5 golden rules to remember when crossing a road

Previous post

Digi Meraikan Ulang Tahun ke-20 Dengan Menghadiahkan Trak-Trak Ford Baharu

Next post

AUDI A6 ULTRA Memulakan Perjalanan Rekod Dunia Guinness

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *