Gaya Hidup / Lifestyle

Perodua Menawarkan Bantuan Kepada Pelanggan Yang Keretanya Rosak Akibat Gempa Bumi

Dalam usaha untuk meringankan beban pelanggan Perodua di Sabah yang telah terjejas oleh gempa bumi baru-baru ini, syarikat kereta kompak ini menawarkan untuk bantuan melalui pemeriksaan percuma, bantuan penundaan serta diskaun ke atas alat ganti yang terpilih.

“Harapan dan doa kami adalah dengan rakyat Sabah ketika ini dan takziah kepada keluarga mangsa,” kata Datuk Aminar Rashid Salleh, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Perodua.

Bantuan oleh Perodua adalah berikutan gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda Sabah pada hari Jumaat lepas.

“Kami simpati dengan sesiapa yang terlibat dan kami berharap untuk Berkenaan dengan bantuan yang diberikan, Aminar berkata Perodua akan memulangkan semula fi tunda sehingga RM 100 (Seratus Ringgit Malaysia sahaja) di outlet Perkhidmatan Perodua yang terdekat untuk pemeriksaan dan pembaikkan. Di samping itu, Perodua turut menawarkan diskaun 20% ke atas alat ganti tulen yang terpilih untuk pemilik Perodua yang kenderaan mereka telah rosak akibat gempa bumi. (mengikut Terma & Syarat). Pemilik kenderaan Perodua digalakkan untuk memanggil Smart Assist di talian 1-800-88-5555 untuk maklumat lanjut dan juga untuk perkhidmatan penundaan.

Perodua-myvi-1

Previous post

Harga dan Spesifikasi BMW 7-Series Baharu BOCOR!

Next post

BMW Z4 Dalam Warna Biru Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *