Konsep / Lakaran / Intipan

Projek Soli: Sistem Kawalan Isyarat Bersaiz Radar Baru Google

Sebagai teknologi moden mempercepatkan pembangunan dan kerumitan, kita melihat banyak syarikat kereta mengambil notis dan cuba untuk melaksanakan sistem ini pada kereta mereka, biasanya melalui sistem informasi hiburan.Audi yang mengamalkan realiti virtual untuk bilik pameran mereka, manakala BMW MINI pula cuba untuk mengintegrasikan realiti virtual, atau realiti yang diperkuat, untuk kegunaan seharian.

BMW-7-Series-Gesture-Control-ConnectedDrive-iDrive

Satu perkara yang juga muncul baru-baru ini adalah isyarat kawalan. BMW memperkenalkannya untuk model 7 Series mereka (seperti banyak syarikat lain untuk model berkelas tinggi), tetapi dalam terma yang sebenarnya, sistem ini tidak lagi komplek atau rumit daripada IR/kamera sensor yang mudah didapati dalam Volksvagen Golf. Ianya hanya diprogramkan untuk mengiktiraf dengan lebih dekat.

Apa yang telah Google usahakan dalam bahagian Advanced Technology and Projects (atau ATAP) mereka, ialah sistem kawalan gerak isyarat  yang membenarkan untuk kawalan yang tepat. Sistem tersebut sangat tepat hingga dapat mengesan pergerakan jari, membuatnya lebih canggih daripada sistem pengenalan ruang 3D ada pada masa ini.

Manakala tidak banyak fungsi yang bagus untuk mengawal kereta yang diluar kawalan pemanduan, tahap ketepatan hardware yang tinggi ini boleh membuktikan sistem infotainment yang mudah dan lebih elegen dapat dilakukan. Sistem ini boleh dibuat dengan sangat kompak dipasang pada cip yang lebih kecil daripada ibu jari, bermakna ia mempunyai rangkaian fleksibiliti yang hebat. Adakah kita akan melihatnya berada di pasaran? Itu tidak dapat dipastikan, tetapi tidak dapat disangkal pengeluar auto mengambil kira kira perkara ini dan akan menggunakannya jika ia terbukti murah dan satu alternatif yang lebih elegan.

Google-Soli-Gesture-Control

 

 

Previous post

Alfa Romeo Jenama Yang Memberikan Inspirasi Tanpa Barisan Produk

Next post

Jaguar XE, Direka Untuk Saingi BMW 3-Series

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *