Proton Lanjutkan 7 Tahun Waranti & kadar Faedah Pada 1.99%
PROTON Holdings Berhad menjalankan kempen ‘Even More Value’ yang menawarkan lanjutan waranti kepada 7 tahun pada kereta Proton yang terpilih, kadar faedah 1.99% setahun pada model Saga dan Iriz, 100% skim pinjaman untuk pekerja kerajaan, tawaran hebat untuk graduan dan mahasiswa, kadar faedah rendah untuk kereta Proton lain dan banyak lagi. Promosi ini berjalan bermula sekarang hingga akhir Jun 2015 disemua bilik pameran PROTON seluruh Negara untuk pemilik baru yang terdiri dari para profesional, graduan, pekerja kerajaan, pesara dan lain lain yang mempunyai pendapatan tetap.
“Lanjutan waranti kepada 7 tahun membuktikan bahawa kereta Proton, terutamanya Iriz yang memegang rating 5 bintang oleh ASEAN NCAP dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang terkini seperti Vehicle Dynamic Control (VDC) yang termasuk anti-lock braking system (ABS) dan elektronik brake-force distribution (EBD), Brake assist, Traction Control System (TCS), Electronic Stability Control (ESC) dan hill-hold assist dari ISOFIX, adalah kereta paling selamat dalam kategorinya dan dijual pada harga yang berpatutan berbanding kereta kompak dari jenama lain. Pada harga RM326 bayaran bulanan pada 1.99% faedah setahun, anda boleh membawa pulang sebuah kereta Iriz 1.3L baharu, kata Dato’ Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.
“PROTON merupakan satu satunya pengeluar peralatan tulen (OEM) yang menawarkan program lanjutan waranti kepada 7 tahun dalam Negara ini. Selain dari kadar faedahnya yang rendah dengan komitmen bayaran bulanan yang rendah, pelanggan juga boleh menikmati hingga 26 peratus ke atas pakej servis untuk model terpilih. Promosi ini akan membolehkan pelanggan dengan keperluan yang berbeza dan peringkat pendapatan berbeza untuk menikmati penjimatan dan ketenangan apabila membeli kereta Proton,” tambah Dato’ Harith lagi. Untuk menikmati promosi ini dari bulan May hingga Jun, pelanggan digalakkan untuk datang ke 211 bilik pameran PROTON seluruh dunia dan uji pandu kereta.
Untuk maklumat lanjut tentang promosi terkini dan tawaran pinjaman, sila lawati laman web PROTON Edar di www.proton-edar.com.my
No Comment