Konsep / Lakaran / Intipan

Semasa Memandu, Ada Binatang Melintas Depan Kereta Anda, Apakah Yang Anda Lakukan?

 

JAWAPAN: Ini adalah soalan yang sukar untuk dijawab dengan penuh kenyakinan. Tak kiralah bagaimana anda rasa, pemandu yang berbeza akan bertindak balas secara berbeza bila berada dalam keadaan yang panik.

car-accident2

Jika binatang tersebut kecil, teruskan memandu…. Sedih, tapi ianya benar, apa yang anda rasa lebih penting? Adakah kebajikan binatang tersebut ataupun untuk kebajikan orang yang berada dalam kereta anda. Fikirkanlah. Anda cuba memandu untuk mengelak dari melanggar binatang kecil dan berakhir bila anda terbabas ke dalam parit atau lebih teruk lagi apabila anda melanggar kereta yang datang dari arah hadapan.

Jika binatang yang besar, maka anda perlu untuk mengelakkan ia dengan membrek, bertindak dengan cepat jika binatang itu tidak akan bolt ke arah yang anda mengelak untuk menghindarinya. Ini adalah satu keadaan yang Bagi saya, saya akan membrek sekuat kuatnya dan terus saja kearah binatang tersebut jika terdapat trafik di kanan saya dan jika tiada ruang dikiri saya untuk mengelak dengan selamat.

Car-Accident-4

Saya pernah sekali terlanggar lembu di jalan kampung. Ada seorang penunggang motorsikal dengan isteri dan anak serta sebuah kereta dibelakangnya dan di sebelah kanan saya pula sebuah kedai kampung yang dipenuhi dengan pelanggan. Dengan melanggar lembu tersebut membuatkan kereta saya rosak dan mencederakan lembu tersebut tetapi tiada orang lain yang cedera dan yang lebih penting lagi tiada budak kecil yang cedera. Saya membayar ganti rugi lembu tersebut dan berjaya memandu kereta yang rosak tadi ke bengkel untuk diperbaiki.

 

Previous post

Tawaran Raya Eksklusif MITSUBISHI

Next post

Isuzu Malaysia Ucap Selamat Tinggal pada  Ishida dan Oyama (Pengurusan Kilang)

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *