Gaya Hidup / Lifestyle

SYNC® 3 Mendekatkan Pemandu dan Kereta Lebih Rapat

SYNC® 3, sistem hiburan dan komunikasi untuk generasi baharu Ford, akan tiba untuk semua kenderaan Ford baharu bagi tahun 2016.  Lebih pantas, lebih intuitif, penggunaan interface yang mudah dari sebelumnya, arahan suara yang diperbaharui dan fungsi AppLink™, kini SYNC 3 mempamerkan kemampuan untuk update software melalui sebarang unlocked network Wi-Fi – membawa pemilik Ford lebih dekat dengan kereta mereka dari sebelumnya.

ford_1

Ciri ciri SYNC 3 yang lebih seperti skrin sesentuh telefon pintar, teknologi kenal perbualan suara yang lebih baik, mudah membaca grafik, akan dapat membantu berjuta pemandu untuk berhubung dengan dunia luar dan mengawal telefon pintar mereka semasa memandu di jalan.  Sistem generasi akan datang dibina atas keupayaan teknologi SYNC yang telah pun dipasang pada 10 juta kenderaan seluruh dunia.  SYNC 3 akan tiba dalam kenderaan baharu ini pada tahun depan.

ford_2

Intuitive interface

Walaupun SYNC 3 dioptimumkan untuk pengguna hands-free, iaitu sebuah skrin sesentuh serba baharu yang akan memberikan pengalaman yang sama semasa mengguna telefon pintar atau tablet.  Tindakbalas pantas untuk sentuhan dan arahan suara dan ala telefon pintar termasuk pinch-to-zoom dan swipe adalah utama pada SYNC 3, dan juga grafik yang moden.  Latarbelakang yang cerah dan butang besar dengan contrast font yang tinggi untuk penggunaan waktu siang membantu mengurangkan silau matahari pada skrin.  Untuk malamnya, paparan akan secara otomatik bertukar kepada latakrbelakang gelap untuk membantu mengurangkan sakit mata dan meminimumkan pantulan cahaya dari tingkap.

SYNC 3 mengurangkan kerumitan pada skrin dan mengutamakan pilihan kawalan untuk pemandu.  Skrin ini boleh didapati dalam tiga zon pilihan – Navigasi, Audio dan Telefon.  Icon ala tile mendominasi skrin, dengan fungsi pantas mengakses memudahkan penggunaannya.

FordSYNC3_06_HR

 

 

Previous post

Kelebihan VIOS & HILUX

Next post

Volkswagen Sharan 2015 Tiba

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *