Volkswagen Anjurkan Latihan Keselamatan Penumpang Kanak Kanak
Volkswagen bekerjsama dengan Association of Registered Childcare Providers Malaysia (ARCPM) atau Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) untuk menganjurkan modul latihan keselamatan untuk penumpang kanak-kanak (CPS) di 280 pusat penjagaan kanak-kanak seluruh dunia. Latihan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan tambahan tentang keselamatan kanak-kanak ketika berada di dalam kereta kepada rakyat Malaysia secara besar besaran.
Di bengkel Keselamatan Penumpang Kanak kanak yang dianjurkan oleh media dan staf Volkswagen, Puan Sharifah Salmah Syed harun, Pengarah Sumber Manusia, Volkswagen Malaysia berkata, “Kebanyakan ibu bapa menyangkakan cara selamat untuk membawa anak kecil adalah memangkunya dan bukan sesuatu yang luar biasa bila melihat kanak-kanak duduk dipangkuan orang dewasa semasa berada dalam kereta. Kami percaya adalah sangat penting untuk mengajar orang ramai tentang seriusnya isu ini. Matlamat kami adalah untuk mengubah persepsi dan membantu ibu bapa mengambil langkah yang betul untuk memastikan keselamatan anak anak mereka semasa berada di dalam kereta.”
Di Malaysia sajah lebih dari 40,000 kemalangan jalanraya telah direkodkan pada tahun 2012 dan kanak-kanak tidak terlepas dari angka yang mengejutkan ini. Menurut laopran MIROS 2011, kanak kanak adalah yang pertama dan kedua kumpulan utama dari kemalangan ini dari umur 1-4 tahun pada 43.8% dan 5-9 tahun pada 30.2%.
Melalui kempen ini, jurulatih CPS dari network PPBM akan melatih mereka dari pusat penjagaan kanak kanak untuk memberi pengetahuan kepada 28,000 ibu bapa tentang pentingnya menggunakan kerusi untuk kanak kanak yang sebetulnya untuk mengelakkan sebarang kecederaan dan kehilangan nyawa.
No Comment