Volkswagen Perkenalkan Enjin 3-Silinder 1.0 TSI untuk Rangkaian Golf Mereka.
1.0 TSI dari Volkswagen adalah enjin petrol 3-silinder yang mensasarkan untuk menjadi seperti enjin 1.0 EcoBoost dari Ford – enjin bersih, cekap dan berkuasa untuk memberi nafas baru kepada kenderaan mereka yang paling popular. Pengeluar Jerman ini akan memasangnya dalam kereta Eropah paling berjaya: Golf. Nama model baru yang berkecekapan tinggi ini adalah Golf TSI BlueMotion. Hingga kini, Golf BlueMotion hanya terdapat dalam versi diesel (TDI) dan gas semulajadi (TGI). Golf TSI BlueMotion (yang boleh ditempah dalam peringkat Trendline dan Comfortline) kini mengembangkan lagi rangkaian model kepada salah sebuah kereta yang paling ekonomi pada ketika ini.
Kombinasi penggunaan bahan api dari Golf berkuasa petrol yang ekonomi: 4.31/100 km. Pengunaan bahan api ini bersamaan dengan emisi CO2 sangat rendah iaitu 99 g/km – dan Golf TSI BlueMotion mencapai angka ini dengan ciri standard 6-kelajuan kotak gear manual dan pilihan kotak gear dual-clutch 7-kelajuan (DSG). Dalam masa yang sama, Golf Estate dan Golf Sportsvan akan melancarkan model TSI BlueMotion. Dengan kotak gear manual, Golf Estate akan menggunakan 4.31/100km; dengan DSG angkanya adalah 4.51/100km. Bagi model Golf Sportsvan, angkanya adalah 4.5 (manual) dan 4.61/100km (DSG).
Spesifikasi tork seperti kereta sport. 1.0 TSI pada Golf TSI BlueMOtion adalah produksi enjin petrol berskala besar untuk mencapai tork tertentu iaitu sesaran 200 Nm per liter. Kuasa maksimum enjin tiga-silinder – 85 kW / 115 PS – terletak pada tahap atas dari generasi pertama Golf GTI (110PS). Dari segi responsif dan kelajuan tertinggi, Golf TSI BlueMotion boleh mencapai 204km/j dan sekaligus melepasi kehebatan lagendanya (182 km/j).
Berkenaan dengan penggunaan bahan api pula, ianya telah mengatasi Golf TDI BlueMotion pertama yang dikuasakan oleh diesel (4.51/100km). Jelas, Golf TSI BlueMotion – lima tempat duduk ini dan pilihan empat pintu yang tidak memerlukan sedikitkan kompromi dari pemiliknya walaupun dengan kecekapannya – adalah penanda aras antara model petrol dalam kelasnya dengan ukuran seperti penggunaan minyak diesel.
No Comment