Berita Auto

Volkswagen Phaeton Dikeluarkan Dari UK Dan Ditingkatkan Di China

Volkswagen Phaeton mungkin tidak dikenali sangat di Malaysia tetapi sebenarnya ia adalah flagship model sedan syarikat VW di kebanyakan Negara utama. Kereta saiz penuh ini telah ada sejak awal tahun 2000 dan menyaksikan 2 perubahan sepanjang kewujudannya dan juga beberapa naik taraf yang dilakukan.  Berikutan dengan syarat emisi Euro 6 yang akan datang, Phaeton tidak lagi dijual di UK.  VW tidak berjaya mencapai target jualan 20,000 unit setahun walaupun melabur lebih 1 bilion US dollar pada pembinaan kereta itu.  Malah, mereka rugi sekitar €28,000 pada setiap jualan Phaeton pada dekad pertama pengeluarannya.

Phaeton-Facelift-China-2

Manakala di China, penjualan Phaeton yang makin kukuh bukan saja menyebabkan ianya dikekalkan malah menerima wajah baru sekali kali.  Perubahan kecil dari segi estetik.  Lampu depan digelapkan untuk nampak lebih agresif, manakala bahagian depannya dapat dilihat krom pada sekelilingnya.  Lampu belakang LED juga mendapat penampilan baharu.

Phaeton-Facelift-China-6

Bahagian dalamnya pula menerima 2 skrin paparan 10.2 inci untuk penumpang belakang dan unit infotainment bahagian depan menerima skrin sesentuh 8 inci dan sistem bunyi DYNAUDIO dengan 12 channel digital amp.

Pilihan enjin untuk model Phaeton di China bermula dari enjin V6 FSI 3 liter yang menghasilkan 250 PS dan tork 310 Nm dan berakhir dengan enjin V8     4. 2 liter yang menghasilkan kuasa 335 PS dan tork 430 Nm. Terdapat juga enjin V6 3.6 liter yang juga enjin FSI dan ketiga-tiga pilihan enjin ini datang dengan sistem pemanduan 4 pacuan 4MOTION dengan kotak gear enam-kelajuan.

Phaeton-Facelift-China-4

Model untuk China saja ini dijangka akan terus dijual hingga generasi keduanya menggantikannya pada tahun 2017.  Model ini mungkin akan datang dengan kecekapan yang lebih tinggi dengan kuasa lebih hebat menggunakan enjin W12 6.0 liter TSI yang mampu menghasilkan 11 liter/100km.

Phaeton-Facelift-China-3

 

Previous post

Hyundai Sonata Dianugerahkan antara 10 Kereta Keluarga Terbaik oleh Majalah Parents Dan Edmunds.com

Next post

Menangi Lawatan Ke Jepun dan Apple Devices Semasa Pandu Uji Atau Beli Sebuah Toyota

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *