VW Golf Baharu Akan Guna Teknologi Gesture Control
Volkswagen dilaporkan akan membawa masuk teknologi gesture control dalam model Golf berwajah baharu, yang dijangkan akan masuk ke pasaran tahun depan.
Ketua Pembangunan Rangkaian Kuasa Volskwagen, Dr. Heinz-Jakob Neuser berkata bahawa Golf 2016 yang diperbaharui akan menjadi kereta pertama dalam kelasnya yang memaparkan sistem gesture control, sebuah teknologi dari Volkswagen yang ditunjukkan dalam konsep GolfR Touch. Konsep ini telah dipertunjukkan dalam bulan Januari tahun ini di Consumer Electronics Show.
Sistem ini akan mengandungi 8 ciri yang termasuk 3 paparan, salah satunya adalah peralatan cluster digital sepenuhnya, dan 5 sensor yang terletak dalam kabin. Skrin sesentuh 13 inci akan dipasang pada konsol pusat.
No Comment