Yamaha Mempunyai Model MT 25 Baharu
Yamaha baru saja mengumumkan hari ini bahawa model sport baharu ‘MT-25 dari siri ‘MT’, menampilkan enjin 250cc liquid-cooled in-line two-cylinder, yang akan berada di pasaran Indonesia dari Jun 2015. Pengeluaran dan penjualan bagi model baharu ini akan diuruskan oleh syarikat PT. Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) mewakili Yamaha Motor Group.
Model ‘MT-25’ membawa citarasa sporti yang boleh dinikmati dalam rangkaian kelajuan harian dari ‘MT-09’ dan ‘MT-07’ (dilancarkan dalam pasaran pembangunan tahun lepas) dan karektor dari siri ‘MT’ hingga ke kelas 250cc. Tambahan lagi, melalui pembangunan asas platform (termasuk enjin, frame dll) ‘YZF-R25’, yang telah pun meraih pujian tertinggi di ASEAN dan pasaran pembangunan, ianya memberikan keduanya iaitu pengendalian dan kos-prestasi.
Konsep pembangunan adalah ‘street cheetah’, yang boleh meneroka hutan urban dan meneraju dalam aliran trafik.
Ciri ciri utama termasuk:
- Kedudukan memandu disesuaikan untuk lebih tangkas tetapi selesa untuk pemanduan di bandar
- Rekaan yang memberik ekspresi ‘mass forward silhoutte’ dan rasa ‘mass centralization’ dikongsi pada semua siri ‘MT’.
- Enjin dua-silinder yang membawa rasa kegembiraan dari rangkaian kelajuan sederhana dan tinggi
- Reka badan ringan 165kg yang menyumbang kepada ketangkasan pengendalian
Sebelum ini, populariti model sport terus meningkat di Indonesia, dan tahun lepas Yamaha Motor melancarkan produk baru seperti ‘YZF-R15’ dan ‘YZF-R25 yang direka khas untuk mereka yang sukakan aksi lumba di jalan. Bersama dengan model yang tinggi nilai ini, ‘MT-25” baharu ini akan terus menyumbang kepada meningkatkan imej sporti jenama Yamaha, dan mengembangkan penjualan Yamaha Motor pada keseluruhan pasaran.
Juga, sebagai model global dengan ‘skala pengembangan bisnes’, pelancaran ‘MT-25’ di masa depan dirancang untuk banyak Negara seleuruh dunia, termasuk pasaran pembangunan Jepun.
No Comment