Generasi Baru Prius
Hanya selepas beberapa minggu Toyota mengumumkan berakhirnya Prius, CEO Toyota Amerika Utara, Jim Lentz menyatakan bahawa penggantinya akan diperlihatkan kepada umum tidak lama lagi. Katanya, kita boleh menjangkakan kereta yang lebih baik. Semua ini hasil dari para Pegawai Teratas di Toyota yang enggan memberikan lampu hijau untuk memulakan projek itu hingga mereka berpuas hati dengan hasilnya.
Dengan pengendalian yang diperbaharui kerana gravity pusat yang lebih rendah, generasi keempat Prius akan dibina berdasarkan Toyota New Global Architecture (TNGA) dan mengambil beberapa cip mikro dan computer dari model lumba TS040 Hybrid. Pek bateri dijangka dari varian nickel-metal hydride dan lithium-ion dan pemanduan empat pacuan mungkin akan ditawarkan sebagai pilihan. Enjin petrol pada Prius telah juga diperbaharui dengan mengurangkan berat dan meningkatkan kecekapan haba hingga 40%.
No Comment