Infiniti Set Rekod Jualan Baru Pada Separuh Pertama 2015
Infiniti menjual rekod 103,500 kenderaan baru di seluruh dunia dalam separuh tahun pertama 2015, meningkat sebanyak 13% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Di belakang prestasi jualan terbaik pada 2014, Infiniti berikan keputusan tinggi sepanjang masa dan buat kali pertama menjual lebih daripada 100,000 unit kenderaan dalam tempoh enam bulan pertama. Jenama ini juga menetapkan rekod di China, Asia & Oceania, dan EMEA (Eropah, Timur Tengah dan Afrika), serta beberapa pasaran individu utama termasuk Kanada, Mexico, Afrika Selatan, dan Australia.
Infiniti juga mencapai jualan bulan Jun yang terbaik dalam sejarahnya dengan menyampaikan lebih daripada 16,800 unit kenderaan di seluruh dunia, iaitu peningkatan kira-kira 2,500 buah kenderaan atau 17% berbanding bulan Jun 2014. Malah, dari September 2014 hingga Jun 2015, Infiniti telah berada 10 bulan berturut-turut untuk rekod individu yang terbaik.
Di Malaysia, Infiniti merakam peningkatan jualan sebanyak 80% berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas. Menambah kepada momentum jualan, Malaysia baru sahaja melancarkan sedan mewah prestasi perdana baru, Q70.
No Comment