Berita Auto

Japan Terima Subaru Imprezza Sport Hybrid

Fuji Heavy Industries Ltd., pengeluar otomobil Subaru, akan melancarkan model terbarunya “Imprezza Sport Hybrid’ pada 10 July 2015, melalui pengedar Subaru di Jepun.

Subaru-Imprezza-Sports-Hybrid-1

Impreza Sport Hybrid baharu ini adalah kereta Subaru kedua hybrid yang seronok dipandu, mengikut Subaru XV Hybrid yang telah dilancarkan pada 2013.

Subaru-Imprezza-Sport-Hybrid-3

Fungsi bantuan motor menawarkan pecutan linear dan lancar, yang digabungkan dengan pengendalian yang tajam dan sporty untuk memberikan keseronokan tersendiri memandu model hybrid manakala mencapai penggunaan bahan api yang ekonomi sebanyak 20.4 km/liter (mod JC08).

Subaru-Imprezza-Sport-Hybrid-3 (1)

Direka untuk digunakan secara optimum pusat graviti yang rendah dan berat yang seimbang yang memberi karektor tersendiri Subaru dengan rekabentuk Symmetrical All-Wheel Drive (AWD) yang unik, motor elektrik dan bateri bervoltan tinggi memberikan versi hybrid ini pada kedudukan yang cemerlang dari segi pemanduan.

Subaru-Imprezza-Sport-Hybrid-2

Model hybrid ini meningkatkan lagi penampilan rangkaian Impreza Sport dengan menggunakan nilai rekaan Subaru untuk mencapai ciri sporti yang tersendiri, penampilan luaran berkualiti tinggi dan kehalusan dan terkini pengayaan dalaman.

Subaru-Imprezza-Sport-Hybrid-4

Tayar 205/50R17 yang digunakan pada model petrol telah digantikan dengan roda yang lebih lebar dan diameter yang besar iaitu 215/50R17 untuk mencapai keseimbangan yang terbaik antara cengkaman dan bahan api yang ekonomi.

Subaru-Imprezza-Sport-Hybrid-6

Ianya juga dipasangkan dengan enjin hidraulik yang direka khas untuk model hybrid, letakkan yang optimum dan peningkatan pada penebat bunyi dan bahan penyerap yang mengurangkan gegeran dan kebisingan.

Subaru-Imprezza-Sport-Hybrid-7

Ruang penumpang telah direka untuk keselesaan dan kesenyapan.

Subaru-Imprezza-Sport-Hybrid-11-600x388

Subaru-Imprezza-Sport-Hybrid-8

Subaru-Imprezza-Sports-Hybrid-9

Subaru-Imprezza-Sport-Hybrid-5

 

 

Previous post

Audi 2.5 liter TFSI Memang Anugerah Tahunan Enjin Antarabangsa

Next post

Jaguar Pamerkan Kenderaan ‘Custom-Built Rapid Response’ di Goodwood

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *