Gaya Hidup / Lifestyle

Nikmati Ganjaran Raya ini dengan Ford dan SDAC

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, Ford dan pengedarnya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini menawarkan rebat tunai yang menarik sehingga RM12,000 ke atas beberapa model terpilih di seluruh negara sehingga 31 Julai.

Pelanggan boleh memilih di antara rebat tunai sehingga RM12,000 jika membeli sebuah Fiesta, RM10,000 bagi pembelian Focus dan RM8,000 untuk EcoSport atau kadar faedah sifar peratus sehingga lima tahun.

Pelanggan yang mengesahkan tempahan sehingga 31 Julai akan menerima barangan eksklusif Ford, selagi stok masih ada.

Sebagai tambahan kepada promosi Raya ini, Ford juga menawarkan pemeriksaan 27 poin kenderaan secara percuma kepada semua pelanggan. Pemeriksaan itu dilakukan oleh juruteknik bertauliah Ford demi perjalanan yang lebih selamat di musim perayaan ini.

Photo 3 - Focus

Beberapa model terpilih Ford juga layak  menerima diskaun sebanyak 10 peratus ke atas alat ganti, kos buruh dan pakej tali sawat pemasaan. Mereka yang memilih pakej ‘The Works Fuel Saver’ pula boleh menikmati diskaun sebanyak 15 peratus ke atas minyak enjin Motorcraft dan Castrol serta potongan 10 peratus untuk kos buruh.

“Pada musim perayaan ini, semua rakyat Malaysia akan balik ke kampung halaman untuk menghabiskan masa bersama keluarga masing-masing. Sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk mendekatkan diri dengan para pelanggan, kami berbesar hati untuk menawarkan rebat tunai, promosi dan diskaun servis. Jadi, lebih ramai rakyat Malaysia boleh pulang ke kampung dengan selamat dan bergaya,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Lee Eu San.

Untuk menikmati tawaran-tawaran ini, pelanggan hanya perlu mendaftar untuk mendapatkan kupon emel di www.fordconsumer.com dan serahkannya di mana-mana pusat servis Ford yang sah.

Maklumat lanjut mengenai promosi-promosi ini, sila layari laman web:  www.ford.com.my atau kunjungi pengedar Ford berhampiran hari ini.

Photo 2 -  EcoSport

Previous post

Litar Nardo Kini Sudah 40 Tahun

Next post

Kelebihan Sel Bahan Api Hyundai Tucson

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *