Fakta. Skuter Adalah Jawapan Kepada Kesesakan.
Penunggang skuter mengurangkan kesesakan kerana kurangnya kereta di jalanraya. Fakta atau fiksyen, ini adalah wajah baru mobiliti di Lembah Klang. Beberapa tahun ini, kita telah menyaksikan pertumbuhan sihat penjualan skuter di Lembah Klang dan ramai dari pembeli ini adalah baru dalam mobiliti 2 roda. Ya, ramai pemilik skuter adalah pemilik kereta yang telah mengambil keputusan untuk menggunakan skuter sebagai pengangkutan ke tempat kerja yang lebih baik. Ya, apabila anda sampai ke tempat kerja tanpa stress dari kesesakan lalu lintas anda boleh bekerja dengan lebih baik dan lebih relaks.
Dengan peningkatan penggunaan skuter, kesesakan lalulintas di tengah bandar tidak berkembang sepertimana populasi yang meningkat di bandar setiap tahun. Di negara negara maju, kajian menunjukkan mobiliti 2 roda meningkat dengan produktif dan mengurangkan pencemaran udara. Uji pandu skuter sendiri hari ini dan lihat samada ianya satu penyelesaian untuk anda. Jika anda memandu kereta, sila berhati hati untuk penunggang skuter dan berjaga-jaga dan selamat memandu.
No Comment