VW California, ‘Rumah Bergerak’
Volkswagen’s Commercial Vehicles Division telah memperkenalkan VW California ‘rumah bergerak’ baharu, van camper luas berdasarkan generasi ke enam VW Transporter yang diperkenalkan buat pertama kali beberapa minggu lalu. Model California ini menjejak akar umbinya kepada bas rear-engined Westfalia yang telah dijual dari tahun 1960an hingga 1980an.
Direka sebagai rumah bergerak, model California ini didatangkan standard dengan pop-up top yang boleh memuatkan dua orang untuk tidur, meja makan mudah alih yang dipasang pada pintu sliding dan set kerusi yang tersembunyi di balik hac. Model yang lebih mahal terdapat dapur sepenuhnya, sinki stainless steel, peti ais kecil dan dapur masak two-burner.
Volkswagen janji pelanggan boleh memilih samada mereka mahukan dua, lima atau tujuh tempat duduk, dan semua model menampilkan bin simpanan yang terdapat di beberapa sudut dalam kabin. Dipasang teliti, model California menandingi bilik dorm kolej dari segi ruang dan ciri-cirinya.
Sepertimana Transporter, California mempunyai enjin baharu TDI turbodiesel 2.0 liter empat silinder mill yang boleh dioder samada 83,100,147 atau 201 kuasa kuda. Volkswagen menjanjikan enjin gasoline empat-silinder akan menyusul dalam barisan model mereka yang dalam produksi, tetapi maklumat lanjut tentangnya masih belum didedahkan buat masa ini.
Pemanduan roda depan dan transmisi manual datang sebagai standard, tetapi pelanggan boleh menempah camper dengan transmisi dual-kluc DSG yang dikawal oleh shift paddle, sistem pacuan empat roda 4Motion Volkswagen atau keduanya. Sistem start/stop memastikan penggunaan bahan api yang ekonomi.
No Comment