Audi Mempunyai Sebuah Q6 Sedia Dipertunjukkan
Konsep crossover Audi yang akan datang telah dilaporkan bocor ke web, lebih awal daripada debut rasminya di Frankfurt Motor Show.
Direka untuk pratonton Q6 yang akan datang, gambar-gambar yang menunjukkan crossover dengan cermin bergaya dan bumbung yang agak rendah. Model ini juga mempunyai pelapisan badan plastik, pemegang pintu yang flush dengan badan kereta dan fender belakang yang sado. Istimewa juga spoiler belakang dan roda aloi besar.
Audi masih belum mahu berkongsi butiran lanjut tetapi konsep ini dilaporkan akan menggunakan platform MLB Evo dan mempunyai powertrain semua-elektrik yang menggunakan tiga motor dan bateri 90 kWh. Ini dilaporkan akan membolehkan konsep ini menghasilkan 500bhp dan 700Nm tork. Lebih penting lagi, konsep ini dipercayai boleh bertahan sekurang-kurangnya 500 km.
No Comment