Gambar Hari Ini – Honda Civic Si 1984, Pocket Rocket
Honda Civic generasi ketiga ini telah diperkenalkan kepada dunia oleh Honda pada tahun 1983 dan ianya tiba di Malaysia beberapa bulan selepas ia diperkenalkan. Walau bagaimanapun versi tertinggi Honda Civic ini, Si (gambar di sini) hanya tiba melalui pengimport selari lebih dekat dengan tahun 1986.
Honda pertama menggunakan lencana Si bagi pasaran domestik Jepun (JDM) Civic generasi ketiga pada November 1984. Terutamanya ditawarkan dalam bentuk hatchback, perbezaan estetik utama bagi Si adalah hud sidikit bonjol, yang menempatkan enjin DOHC yang lebih tinggi dan kerusi yang agak sporty di dalam.
No Comment