Berita Auto

Kereta Sport Lexus RC 200t Mendapat Engine Turbo 2.0

Mula-mula datangnya Lexus NX 200t SUV dengan enjin petrol turbocharged empat silinder 2.0 liter yang baru  dan seperti yang diramalkan oleh kami RC 200t yang sporty ini kini mendapat enjin yang sama. Lihatlah nanti, enjin ini juga akan mencari jalan untuk ke dalam Lexus ES, Lexus GS dan mungkin Lexus RX SUV dalam pelbagai tune.

lexus-coupe-rc200t-1

Juga ditawarkan dalam spesifikasi SPORT F, RC200t yang dilengkapi dengan direct-injection turbo-four 2.0-liter yang berat hanya 160 kg dengan Sport Direct Shift (SPDS) gearbox lapan kelajuan. Ia menghasilkan 245 PS dan 350 Nm tork yang cukup bertenaga untuk mencapai pecutan 0-100 km / h dalam 7.5 saat sebelum sampai ke tahap kelajuan maksimum 230 km / h.

lexus-coupe-rc200t-4

Pelanggan akan dapat membuat pesanan untuk   Lexus RC 200 T dengan pelbagai reka bentuk roda aloi dalam saiz-saiz 17 hingga 19 inci manakala versi F SPORT perlu tempahan awal rim 19-inci. Versi higher-end juga diperbezakan dengan gril mesh gelendong “F” nya yang lebih luas dengan beberapa tweak dalaman kabin seperti stereng dan tombol gear dibalut kulit berlubang  serta pedal dan plat scuff aluminium bersama-sama dengan effect 3D untuk trim-trim logam.

lexus-coupe-rc200t-3

 

Previous post

Audi Mempunyai Sebuah Q6 Sedia Dipertunjukkan

Next post

Porsche Kecilkan Enjin Boxster Dan Cayman

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *