Lotus Perkenal Exige 360 Cup
Lotus Motorsport mentakrif semula Exige V6 Cup dengan pengenalan Exige 360 Cup. Panel ringan baru dan peningkatan kuasa bermakna model Lotus Motorsport Cup terus menyediakan satu tanda aras dalam pengendalian dan prestasi. Exige 360 Cup penggayaan bespoke adalah evolusi dalam reka bentuk, dengan pilihan empat warna (Metallic White, Metallic Grey, Metallic Black and Metallic Silver) dan bumbung stealth matt black, panel akses depan dan louvered tailgate.
Reka bentuk edisi yang terhad kepada hanya 50 buah dan setiap satu Exige 360 Cup ini akan menerima plat bina Lotus Motorsport bernombor. Model baru mempunyai peningkatan kuasa sebanyak 10 PS dengan induksi mengalir lebih bebas dan sistem ekzos sport, yang digabungkan dengan berat kenderaan yang ringgan 1.130 kg memberi pengalaman pemanduan tulen di jalan raya mahu pun di track yang betul. Kemas kini powertrain juga memberikan Exige 360 Cup bunyi sporty untuk meningkatkan pengalaman memandu.
Exige 360 Cup di jual sekarang melalui rangkaian peniaga Lotus dengan harga bermula dari £ 62,995 (MSRP) termasuk 20% cukai. Seperti semua model Piala Lotus Motorsport, Exige 360 Cup layak untuk siri perlumbaan Lotus Cup.
No Comment