Berita Auto

Lotus Perkenalkan Exige S Otomatik Kepada Malaysia

Menawarkan penglibatan paddle-shift manual dengan kemudahan seperti otomatik.

Lotus-Exige-S-6

Exige S Automatic datang dengan transmisi 6-kelajuan yang dibuat khusus mengikut karektor sporty dari Exige.

Lotus-Exige-S-1

Dengan gabungan anjankan gear yang lancar dan intuitif dengan tindakbalas enjin dan ekzos, Exige S Automatic memberikan pemandunya pengalaman keseronokan pemanduan yang tulen.

Lotus-Exige-S-5

Exige S dengan transmisi otomatik sama pantas seperti manual di litar uji Hethel dan boleh mencapai pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.9 saat.  0.1 saat lebih pantas dari Exige manual.

Lotus-Exige-S-3

Kotak gear otomatik boleh dipasang pada model Exige S Coupe dan Exige S Roadster tetapi anda perlu membuat bayaran tambahan untuk naik taraf ini.

Lotus-Exige-S-4

Harga bermula dari RM427,777 dan anda boleh melihat sendiri kereta ini pada 9 Ogos di Ground Floor, Garden atau bolik pameran Lotus di Jalan Damansara.

Lotus-Exige-S-2

 

Previous post

Mazda Tayang CX-9 Konsep Baru di Frankfurt Motorshow

Next post

KL City Grand Prix - Nissan V8 Menang

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *