Gaya Hidup / Lifestyle

Nissan Cerita Tentang Tukang Mahir Mereka

Tsutomu Sakuraoka adalah Tukang Mahir, atau Takumi, di kilang Tochigi Nissan di Jepun. Beliau telah bekerja untuk Nissan sejak tamat pengajian dari sekolah tinggi teknikal.

Sakuraoka menonjolkan kemahirannya sejak awal kerjayanya, memenangi pertandingan-pertandingan kemahiran global.

Nissan_Takumi_06

Beliau telah menghabiskan lebih dari 38 tahun menyempurnakan seni pengilangan, dan tahun ini beliau telah dianugerahkan Reben Kuning oleh kerajaan Jepun untuk komitmennya kepada ketukangan dalam pengendalian mesin penggilingan, dan untuk sumbangan belia kepada generasi akan datang melalui pengajaran kemahiran penggilingan tangan.


Nissan_Takumi_04

 

Berikut adalah beberapa pandangannya mengenai Nissan dan dirinya sebagai Takumi:

“Automasi telah banyak meningkat dalam proses die-making. Dalam kerja saya, pemprosesan manual juga telah digantikan dengan NC machine processing. Tetapi siapa yang sebenarnya menguruskan proses ini dan meningkatkan ilmu automasi? Jelas sekali, ia adalah kita manusia.


Nissan_Takumi_05

 

Saya percaya orang ramai tidak boleh membuat sesuatu yang baik tanpa mengembangkan kemahiran dan teknik-teknik asas bagi mencipta sesuatu dengan tangan. Untuk membuat perkara yang lebih baik, kemahiran tangan adalah asas untuk monozukuri (perbuatan membuat sesuatu, atau “ketukangan”) dalam Nissan.


Nissan_Takumi_01

Monozukuri memberikan saya kegembiraan, kesakitan dan juga penderitaan – namun ia masih perkara yang paling menyeronokkan dalam hidup saya.

Kita mesti mengambil pelajaran dari rakan-rakan kanan kami dan berkongsi dengan tim dan generasi akan datang kita. Kita tidak boleh menyimpan kemahiran ini untuk diri kita sendiri sahaja, tetapi harus menyerahkannya turun-temurun kepada orang lain. ”

 

 

Previous post

KL City Grand Prix - Nissan V8 Menang

Next post

Mini Roadster, Coupe & Paceman Akan Diberhentikan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *