Pergi Lebih Jauh Bersama Ford Dan SDAC Merdeka Ini Dengan Rebat Tunai Yang Menarik
Bagi meraikan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-58, Ford dan pengedarnya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) kini menawarkan rebat tunai yang menarik sehingga RM13,000 ke atas model-model terpilih di seluruh negara, bermula sekarang hingga 30 September.
Para pelanggan bakal menerima rebat tunai yang menarik sehingga RM13,000 untuk Focus yang padat dengan ciri. Rebat tunai sehingga RM12,000 untuk Fiesta yang sporty dan sehingga RM9,000 bagi model EcoSport yang versatil – atau kadar sifar faedah hingga lima tahun.
Sebagai tambahan, Ford dan SDAC juga menawarkan pelanggan trak pikap Ranger rebat tunai sehingga RM5,500.
Menawarkan pakej keselamatan yang tiada tandingannya di Malaysia, rangkaian model Ranger dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan aktif dan pasif. Ini termasuklah Electronic Stability Control (ESC) Ford pada semua varian, cagak ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak bagi model Wildtrak, XLT and XL Double Cab. Semua varian Ranger juga hadir bersama beg udara untuk pemandu dan penumpang hadapan. Sementara model Wiltrak pula ditambah dengan beg udara jenis curtain bagi meningkatkan tahap perlindungannya.
Promosi bulan kemerdekaan itu digabungkan dengan Pelan Servis Lanjutan Ford, sekali gus membuatkan inilah masa terbaik untuk memiliki sebuah kenderaan Ford. Ditawarkan ke atas semua kenderaan penumpang Ford, ESP merupakan program penyelenggaraan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 60,000km yang direka untuk memberi ketenangan minda dan kemudahan kepada para pelanggan tanpa sebarang kos tambahan. ESP Ford juga merangkumi penggantian beberapa alat ganti terpilih dan kos buruh percuma.
Semua kenderaan penumpang Ford hadir bersama jaminan pengeluar selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km. Selain Program Jaminan Lanjutan selama dua tahun atau perbatuan sejauh 100,000km daripada SDAC.
“Memandangkan kita maraikan kemerdekaan negara yang ke-58, kami ingin menjadikan pemilikan kenderaan Ford lebih mudah kepada rakyat Malaysia,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Lee Eu San.
“Ford dan Malaysia berkongsi sejarah yang cukup kaya, malah Ford Motor Company of Malaya memulakan operasinya di sini sejak tahun 1926, 30 tahun sebelum negara merdeka. Hari ini, kami sangat komited untuk membawakan rangkaian kereta, trak dan SUV global terbaik Ford. Di samping terus memberi perkhidmatan dan memenuhi keperluan pelanggan kami yang kian berkembang,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran Ford Motor Company Malaysia, Veemala Rethinasamy.
Maklumat lanjut mengenai promosi ini, sila layari laman web www.ford.com.my atau kunjungi pengedar Ford.
No Comment