Porsche Kecilkan Enjin Boxster Dan Cayman
Laporan mencadangkan bahawa kedua-dua model Cayman dan Boxster dari Porsche akan diberikan enjin lebih kecil, lebih cekap. Kereta-kereta ini akan dilengkapi dengan enjin 2 liter 4-silinder turbo, turun dari enjin 6 silinder 2.7- dan versi 3.4 liter yang di gunakan sekarang. Enjin yang lebih kecil, walaupun turbocharged, hanya menghasilkan 240 hp berbanding kuasa sekarang, 265 hp dari Boxster dan 275 hp dari Cayman.
Walau bagaimana pun, don’t be khuatir. Porsche kata, kehilangan kuasa hampir tidak akan diperasan terima kasih kepada peningkatan tork dan sistem ‘e-boost’ mereka yang menghapuskan turbo lag. Kami belum melihat sebarang butiran rasmi daripada Porsche tetapi besar kemungkinan perubahan dalam powerplants akan didedahkan pada pameran motor yang akan datang.
No Comment