Scania Malaysia Sediakan Pasukan Cemerlang Dari Asia Tenggara Untuk Menghadapi Cabaran Asia Di China
Scania Malaysia telah menjadi tuan rumah di satu Pertandingan Top Team persahabatan kepada pasukan teknikal terbaik dari Scania Asia Tenggara yang telah pun layak menyertai Pertandingan Top Team pusingan akhir Zon Asia di Guangzhou, China, pada 19 September 2015.
Pasukan unggul dari Scania Malaysia telah berpeluang mengasah kemahiran dalam penyelenggaran dan servis kenderaan dalam pertandingan ini bersama pasukan Scania Singapura, Thailand, Myanmar dan Filipina, yang akan mengambil bahagian dalam acara di China tersebut.
Pasukan pengedar ekslusif dan rasmi Scania Octagon Automobile & Machinery Services dari Myanmar dan pasukan pengedar rasmi Scania BJ Mercantile dari Filipina, telah menempuhi pengalaman yang amat bernilai kerana ini merupakan pertama kali mereka bersaing dengan pasukan lain di luar negera.
Setelah diberi taklimat yang menyeluruh, kebolehan pasukan terbabit dalam menguasai dan memantapkan kemahiran melalui kajian, latihan dan kerja berpasukan telah diuji dalam pertandingan yang diadakan di tapak Scania Malaysia, Shah Alam.
Setiap pasukan dinilai dari segi kepakaran bidang teknikal tertentu, membuat analisis masalah, membahagikan tugas, memupuk dan memantapkan sikap kerja berpasukan, dan juga kepintaran membuat ramalan penyelesaian untuk mengatasi cabaran secara sistematik dan berkesan.
Dengan melibatkan tiga pegawai penyelenggaraan, seorang pegawai komponen dan seorang penasihat, setiap pasukan dikehendaki menyelesaikan satu rentetan cabaran dan masalah dalam lima kategori – Teori, Elektrik, Transmisi, Enjin dan Suspensi.
“Unsur kesukanan dalam pertandingan Scania Top Team merangsang pasukan dan mempromosikan nilai jati diri serta kebanggaan terhadap diri sendiri sekali gus membangunkan angkatan juruteknik handal yang sentiasa gigih untuk mencapai prestasi terbaik,” kata Pengarah Kewangan dan Pentadbiran, Scania Asia Tenggara, Ulrika Hellberg.
Piagam pelanggan Scania adalah memberi keberuntungan tertinggi kepada pelanggan, dan oleh itu pertandingan tersebut disusun untuk menyerlahkan pendekatan menyeluruh Scania dari segi penjimatan bahan api, ketahanan lama dan peyelenggaraan premium. Pertandingan Top Team Scania juga berlandaskan konsep pembelajaran sambil berseronok dan unsur reality dalam acara yang ditandingkan.
“Pertandingan Top Team Asia Tengara Scania bukan sahaja memberi banyak manfaat kepada peserta, akhirnya pelanggannya turut mendapat faedah daripada khidmat penyelengaraan yang lebih berkesan. Sejajar dengan itu, pertandingan ini juga memuaskan permintaan global untuk staf bengkel penyelenggaraan yang bertauliah,” tambah Hellberg.
Selaku juara, Pasukan Scania Singapura membawa balik trofi, sijil penyertaan, beg dan talipinggang eksklusif Scania, sementara Pasukan Scania Thailand serta Pasukan Scania Myanmar masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.
No Comment