Teringinkah Anda Dengan Volkswagen Golf Mk1 Pelumba Jalan Tar Ini?
Direka sebagai, kenderaan enjin depan, pacuan tayar depan sebagai pengganti Beetle, garisan panjang lurus Golf ini telah dilukis oleh pereka terkenal Giorgetto Giugiaro. Begitu serta merta kejayaannya sehinggakan satu juta Golf telah siap keluar dari barisan pengeluaran pada Oktober 1976.
Golf adalah kereta keluarga yang kemas dan cekap, tetapi terima kasih kepada usaha-usaha sekumpulan kecil jurutera VW yang begitu bersemangat ia juga telah menjadi kereta prestasi. Sebuah projek selepas waktu pejabat untuk sebuah Sport Golf berkembang menjadi Golf GTi yang dikeluarkan pada akhir 1970-an dan telah memulakan ledakan Hot Hatch yang berterusan sehingga hari ini.
No Comment