Gaya Hidup / Lifestyle

Volkswagen Raikan 40 Tahun Polo

Volkswagen Polo merupakan hasil kejuruteraan Jerman pada tahap terbaik yang dipakejkan dalam saiz kecil serta menyeronokkan. Tahun ini menyaksikan ulang tahunnya yang ke-40. Hatchback ini membuat penampilan pertamanya pada tahun 1975 dan sejak itu telah mengumpul begitu ramai peminat.

Berada dalam generasi kelima, Polo ialah salah sebuah kereta penumpang terlaris keluaran Volkswagen di seluruh dunia. Pada tahun 2014, Malaysia memperkenalkan model Polo Hatchback CKD, sekali gus membuatkannya lebih mudah diakses dan mampu milik. Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller berkata, “Sehingga hari ini, status Polo tidak dapat ditandingi. Dengan lebih 13,000 unit terjual, tidak hairanlah kereta yang praktikal dan menyeronokkan ini mampu menawan hati rakyat Malaysia. Prestasinya yang lincah dan tegap menjadikannya cukup sesuai untuk dipandu di atas jalan Kuala Lumpur yang sesak dan di lebuh raya.”

40 years Polo x VPYP

Bagi meraikan pencapaian bersejarah ini, Volkswagen Group Malaysia telah bekerjasama dengan jurufoto fesyen dan gaya hidup terkenal, Vincent Paul Yong daripada Vincent Paul Yong Photography (VPYP) untuk menghasilkan satu siri foto yang benar-benar menyerlahkan personaliti serta tenaga kereta ikonik ini.

Belajar sendiri untuk merakam foto, Vincent berjaya menghidupkan Polo menerusi satu kisah bergambar yang menampilkan kereta itu bersama elemen muzik dan seni. Dengan bantuan dua orang DJ tempatan, LAPSAP serta artis graffiti Cloakwork, semangat kereta ini yang penuh warna-warni dirakam dengan begitu kreatif dan menyerlah.

Imej-imej ini akan dipamerkan pada pameran VPYP bertajuk WYSIWYG- What You See Is What You Get mulai 21 hingga 30 Ogos 2015 bertempat di Art Printing Works (APW), Bangsar. Para pengunjung boleh melihat hasil rakaman foto-foto Vincent yang luar biasa selama bertahun-tahun.  Selain imej-imej tersebut, sebuah Polo yang dibalut dengan warna krom juga pasti menarik perhatian.

Perkembangan terbaharu mengenai Polo, varian Polo Club bakal dilancarkan pada September bersama unit multimedia, navigasi dan filem tinted pada cerminnya. Polo Club akan ditawarkan pada harga RM88,888 manakala Polo Sedan Club pula berharga RM89,888 seunit.

Ms Martina Berg, Mr Armin Keller,  and Mr Robert McAllister

 

 

 

Previous post

Honda BR-V Terungkap. Dari RM68k.

Next post

Model Baharu Lexus ES Bakal Membawa Lexus Malaysia Meraih Kejayaan Lebih Besar

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *