Lamborghini Namakan Hypercarnya Yang Akan Datang
Lamborghini telah menemui nama ia suka untuk hyper-keretanya yang akan datang. Laporan awal menunjukkan bahawa kereta itu akan dipanggil Hyper Veloce, tetapi maklumat baru menunjukkan bahawa Lamborghini merancang untuk menamakan ia Centenario sebaliknya. Ia agak masuk akal, apabila anda mengambil kira hakikat bahawa ia akan menjadi 100 tahun sejak pengasas Lamborghini ini, Feruccio Lamborghini dilahirkan apabila kereta ini dilancarkan tahun depan.
Hanya 20 unit akan dikeluarkan dan masing-masing akan dijual dengan harga lebih daripada satu juta Euro, jadi buang saja lah ianya dari senarai ‘to-buy’ anda. Indikasinya bahawa mereka akan menggunakkan enjin LP770-4 dan dia mampu mencapai 770PS dan berpacuan empat roda, kemungkinan besar dari V12 6.5 liter tanpa turbo atau supercharging. Kerana … ia Lamborghini. Itu akan menbawa kereta sehingga 350km / j dan memberikan masa 0-100km / h 2.7 saat.
Dari segi rupa, bayangkan Lamborghini Veneno, tetapi dengan komposisi yang lebih baik.
No Comment