Mitsubishi ASX Dipertingkatkan Kini Bermula Kurang Dari RM105,000
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, secara rasmi memperkenalkan 2015 Mitsubishi ASX yang telah dipertingkatkan hari ini. Pelanggan kini boleh memiliki sebuah SUV kompak pemenang anugerah dengan harga bermula daripada RM104, 791,87 keatas dengan pengenalan varian baru, ASX 2WD GL. Ini adalah tambahan kepada varian semasa ASX 2WD dan 4WD. ASX 2WD berharga RM 112,571.39 dan ASX 4WD berharga RM125, 040.67 (tanpa insurans, termasuk GST untuk pendaftaran swasta di Semenanjung Malaysia).
Mitsubishi ASX dikuasakan oleh enjin MIVEC 2.0 liter dengan kuasa 150 PS dan 197 Nm tork.
Sempena Ulang Tahun ke-10 MMM di Malaysia, MMM memberi ganjaran kepada pelanggan dengan rebat tunai tambahan sehingga RM 12,000 * untuk model terpilih.
Bukan itu sahaja; pemilik Mitsubishi semasa berpeluang untuk menikmati tawaran tunai tambahan apabila mereka menempah mana-mana model Mitsubishi baru dari sekarang hingga 31 Mac 2016. Terma dan syarat.
No Comment