Beetle Habis Dijual!
KUALA LUMPUR, 16 October 2015 – Volkswagen Group Malaysia berbesar hati untuk mengumumkan bahawa semua 200 unit edisi terhad Beetle Bug telah habis dijual sejak dilancarkan pada April 2015. Sementara semua 50 unit Beetle Club edisi terhad yang melakukan debut bulan lalu pada acara Kuala Lumpur Fashion Week 2015 juga sudah habis ditempah.
Volkswagen Beetle merupakan kereta ikonik yang mempunyai sejarah panjang sejak 55 unit pertamanya dikilangkan pada tahun 1945. Bertahun-tahun lamanya, Volkswagen telah mengalami evolusi untuk terus selari dengan zaman. Para peminat Beetle juga terus menantikan edisi-edisi terbaharunya.
Beetle Bug Edition yang dilancarkan pada Aril lalu berharga RM146, 888*, hanya 200 unit ditawarkan dan kini semuanya sudah habis dijual. Dengan sil sisi, pelekat sisi, serta jalur perlumbaan dan badan Volkswagen Bug asli bersama logo Bug, Beetle yang hebat dan funky ini habis dijual pada September.
Edisi Beetle Club yang dilancarkan pada Ogos telah habis ditempah. Diimport dari Mexico, model yang terhad kepada 50 unit sahaja itu ditawarkan pada harga RM152, 888* seunit. Tampil menawan, edisi Beetle Club hadir bersama rim aloi Ravenna bersaiz 17”, perkataan “Club” pada stereng, sil sisi dengan jalur krom dan tempat duduk sports dibalut kulit.
Gembira dengan jualan Volkswagen Beetle, Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia Armin Keller berkata, “Beetle sememangnya sebuah Ikon. Kehadiran selama 60 tahun di Malaysia menjadi buktinya. Volkswagen ingin berhubung dan mengujakan para peminat Beetle menerusi setiap edisi terhad yang dikeluarkannya. Maka, para pemint dan pelanggan harus menunggu edisi terhad yang akan datang, satu lagi alasan untuk terus teruja dengan Beetle.”
Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my
* Semua harga yang disenaraikan adalah harga jualan yang tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans. Sah untuk Semenanjung Malaysia sahaja.
No Comment