General Motors Kurangkan Pengeluaran
General Motors telah memotong satu shift operasi penuh di kilang Orion Township di Amerika yang membina Chevrolet Sonic yang terkenal dalam siri filem Transformers. Langkah itu membuang kira-kira 500 pekerja, tetapi kebanyakan mereka dijangka mendapat tawaran untuk dipindahkan kepada kilang-kilang lain. Langkah itu datang sehari selepas General Motors mengumumkan bahawa mereka menambah 1200 kakitangan lebih kepada loji Detroit-Hamtramck.
No Comment