RM60 Juta Hasil Dari NAZA World Auto-Mania
Walaupun jerebu, rakyat Malaysia berpusu-pusu ke NAZA World Auto-Mania untuk melihat dan membeli beberapa kenderaan yang paling menakjubkan yang terdapat di pasaran. Dengan pelbagai promosi dan aktiviti untuk seisi keluarga selama tiga hari, pameran NAZA eksklusif World Auto-Mania telah menghasilkan kira-kira RM60 juta jumlah jualan.
Pameran automotif ini diadakan di NAZA World Automall, Petaling Jaya, 2 hingga 4 Oktober 2015. NAZA World Auto-Mania adalah usaha sama antara banyak jenama syarikat-syarikat NAZA World. Dua belas jenama automotif dipamerkan termasuk Ferrari, Maserati, Brabus, Chevrolet dan banyak lagi. Jenama motosikal antarabangsa terkenal seperti Harley-Davidson, Indian Motorcycle, Victory Motorcycle, Ducati, Aprilia, Vespa dan NAZA Bikes turut juga mengambil bahagian.
No Comment