Toyota Berkedudukan Teratas JD Power 2015 Untuk Kepuasan Pelanggan di Malaysia
UMW Toyota Motor meraikan perjalanannya untuk kepuasan pelanggan yang lebih besar apabila berkedudukan tertinggi di JD Power 2015 untuk Sales Satisfaction Index (SSI) tiga tahun berturut-turut. Rata Toyota denagb 791 mata, jauh melebihi purata industri sebanyak 752 mata.
Dilakukan oleh syarikat maklumat pasaran global yang terkenal, JD Power, kajian ini meneliti enam faktor utama yang menyumbang kepada kepuasan pelanggan secara keseluruhan dengan pembelian kenderaan baru mereka dalam segmen pasaran massa. Faktor-faktor ini termasuk, mengikut keutamaan: jurujual, kemudahan pengedar, masa penyerahan, perjanjian, proses penghantaran dan jualan permulaan. Toyota melakukannya dengan terbaik dalam kebanyakkan kriteria.
No Comment