Adakah Anda Masih Perlu Naik Taraf Sistem Hiburan Kereta Anda?
8-9 tahun yang lalu kereta-kereta baru selalunya terus menaik taraf stereo mereka kerana pengeluar kereta biasanya memotong kos dengan memasang sistem yang minima.
Kebelakangan ini, ianya semua sudah berubah dan hari ini, kereta yang paling asas pun mempunyai stereo yang cukup canggih dan kereta eksekutif dilengkapi dengan sistem dengan pelbagai fungsi yang siap sedia dengan I-Pod, USB, WMA untuk menampung trend semasa.
Dengan stereo berkualiti dipasang di kilang, pemilik kereta sekarang tidak perlu melawat kedai-kedai aksesori yang mungkin merosakkan elektronik kereta mereka dan juga membatalkan warranty yang amat diperlukan.
No Comment