Gaya Hidup / Lifestyle

Bagaimana Membersihkan Bahagian Dalam Kereta?

Izinkan saya berkongsi dengan anda bagaimana saya menjaga dalaman kereta saya bersih. Mula dari atas ke bawah, supaya kotoran yang terkeluar akan jatuh semasa membersih dan anda boleh dikutip kemudian apabila anda vakum kerusi dan permaidani. Keluarkan semua tikar dan vakum serta bersihkannya berasingan.

car vac-system

Gunakan berus debu untuk vakum plastik, vinil keras, dan bahagian logam seperti cermin solek dan komponen dashboard. Gunakan berus lantai apabila vakum permaidani. Tolak kerusi ke depan dan ke belakang untuk sampai ke kawasan di bawah tempat duduk.

Untuk mengelakkan kerja pembersihan seperti ini dari awal awal lagi, haramkan makan di dalam kenderaan anda. Habis cerita.

car vac-system1

Tentang minuman, hanya membenarkan minuman yang boleh dikedap semula apabila penumpang tidak minum. Bagi ibu bapa, jika dalam perjalanan leburaya, ambil kira masa lebih untuk berhenti makan dan minum di berbanding makan minum di dalam kereta untuk menjimatkan masa.

Saya sering tertanya-tanya mengapa saya tidak beli sebuah kereta yang siap dengan vakum dalam kereta? Gambar di atas tunjuk memang ada. Honda Odyssey pun ada sejak 2014 lagi. Cun.

2014 Honda Odyssey

car vac-system2

 

 

Previous post

Ingat Tak Dulu-Dulu Kita Boleh Sumbat 6-7 Orang Dalam Kereta Sedan?

Next post

Hyundai Motor Jual Kenderaannya Yang Kesejuta di UK

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *