Berita Auto

Boon Siew Honda Memperkenalkan Wave Alpha Serba Baharu, “The Urban Dominator”

Boon Siew Honda hari ini memperkenalkan model terkininya, Wave Alpha serba baharu, penambahan terbaru dalam siri motosikal Wave. Wave Alpha serba baharu dibina dengan reka bentuk dan ciri yang telah dipertingkatkan untuk prestasi lebih baik. Menonjol dari segi rekaannya, Wave Alpha serba baharu yang bergaya ini bakal mendominasi di dalam kelasnya.

Screen Shot 2015-11-28 at 12.59.11 AM

Wave Alpha serba baharu menawarkan prestasi kelajuan terbaik dan penggunaan bahan api lebih menjimatkan dalam satu pakej motosikal yang bernilai untuk wang. Dikenali sebagai The Urban Dominator, Wave Alpha serba baharu membuktikan keyakinan Boon Siew Honda untuk menguasai pasaran motosikal di Malaysia.

Berucap pada majlis pelancarannya, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Sdn. Bhd., Koji Onishi berkata, “Siri motosikal Wave memang popular dikalangan rakyat Malaysia kerana ia berprestasi, mampu milik, bergaya dan berkualiti tinggi. Hari ini, kami memperkenalkan Wave Alpha serba baharu, edisi Wave 110 yang telah ditambah baik. Motosikal ini sememangnya sesuai untuk sesiapa sahaja yang mahukan motosikal penuh gaya dan bernilai pada wang. Kami percaya Wave Alpha serba baharu, dengan prestasi dan reka bentuk keseluruhannya yang mengagumkan akan memenangi hati penunggang motosikal di Malaysia.”

Screen Shot 2015-11-28 at 12.58.15 AM

Dikuasakan oleh enjin yang menawarkan prestasi dan keterujaan maksimum kepada penunggang, Wave Alpha serba baharu mampu mencapai kelajuan sehingga 91km/j. Pada masa yang sama memberikan penjimatan bahan api mencecah 51.8km/l. Reka bentuk Wave Alpha serba baharu yang sporty pasti dapat meningkatkan lagi pengalaman menunggangnya. Ia juga hadir bersama ciri-ciri keselamatan yang menarik, sekali gus menyambung legasi model Wave terdahulu.

Dengan ciri-ciri berspesifikasi tinggi seperti roda tuangan dan brek cakera, Wave Alpha serba baharu menawarkan tunggangan lebih selamat di atas jalan raya. Ciri-ciri lain termasuklah speedometer yang jelas dan menarik, ekzos dengan bentuk sporty, ruang penyimpanan barang u-box dan pelindung kaki yang bergaya.

Wave Alpha hadir dalam dua varian dengan tiga warna iaitu Hitam Mutiara (Pearl Magellanic Black), Merah (Vivacity Red) dan Putih Mutiara (Pearl Metalloid White). Boon Siew Honda turut menawarkan jaminan kilang selama dua tahun atau perbatuan sejauh 20,000 (mana-mana tiba dahulu) untuk memberi kemudahan kepada pelanggan serta menjadikan Wave Alpha serba baharu sebagai pilihan utama mereka.

Screen Shot 2015-11-28 at 12.58.47 AM

Harga adalah seperti berikut:
Varian Brek Gelendong dan Rim Lidi RM 3,899.00 (Harga di Bilik Pameran) RM 4,132.94 (Termasuk GST)
Varian Brek Cakera dan Rim Tuang RM 4,299.00 (Harga di Bilik Pameran) RM 4,556.94 (Termasuk GST)
Maklumat lanjut, sila layari laman web www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi Tol Percuma Boon Siew Honda di talian 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat, 9am – 5pm, kecuali cuti umum).

Previous post

Scania Mempercepatkan Penciptaan Produk Dan Pekerjaan Bernilai Tinggi

Next post

Honda Menerima Dua Anugerah Kualiti Permulaan di Peringkat Model

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *